Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tabuan A lebih dominan

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Pertembungan antara dua pasukan ‘bersaudara’ iaitu Tabuan A dan Tabuan B menyaksikan Tabuan A menang dengan jaringan tipis 1-0 dalam aski Kumpulan A Kejohanan Piala Elit Remaja 2017.

    Sementara perlawanan antara Pasukan Kilanas FC dan Murai Jr FC terpaksa ditunda.

    Manakala dalam Kumpulan B, Pasukan BESA FC terpaksa akur dengan kekalahan besar di tangan Parma Junior FC dengan jaringan 6-1, sementara BTC Red Star berjaya mengatasi Projek Ikan Pusu (PIP) dengan jaringan 1-0.

    Aksi pertembungan ‘saudara’ antara Tabuan A dan Tabuan B.  Keputusan akhir perlawanan menyaksikan Tabuan A menang 1-0. – Gambar Hasrulraizan
    Aksi pertembungan ‘saudara’ antara Tabuan A dan Tabuan B. Keputusan akhir perlawanan menyaksikan Tabuan A menang 1-0. – Gambar Hasrulraizan

    Dengan keputusan hari ini Pasukan Tabuan A kini berada di tangga teratas Kumpulan A dengan enam mata, tiga mata di hadapan Tabuan B. BTC Red Star pula mendahului pasukan-pasukan lain di dalam Kumpulan B mengutip enam mata dan diikuti oleh Parma Jr FC.

    Setakat ini Mohd Shafique Aiman Ariffin dari Parma Jr FC berada di kedudukan teratas senarai penjaring terbanyak dengan empat jaringan, diikuti oleh dua pemain Tabuan A oleh M. Aminuddin Haji Masri dan M.Syafiq Hidayat Al-Azim Shahriuzam yang masing-masing menjaringkan tiga gol.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda