Friday, July 5, 2024
29.6 C
Brunei

    -

    Tabuan Muda gagal kutip mata

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Pasukan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam Bawah 16 Tahun (B-16) mengalami kekalahan teruk 6-0 kepada Kemboja pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan dalam Kejohanan ASEAN Lelaki B-16 2024 di Stadium Sriwedari di Surakarta, Indonesia hari ini.

    Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut mereka dalam beberapa hari dengan hanya mencatatkan satu jaringan gol dan 29 gol bolos. Tabuan Muda ketinggalan pada minit keempat apabila kapten pasukan Kemboja, Noem Ovanda menyempurnakan sepakan penalti. Nasib malang pasukan Brunei nampaknya tidak berpenghujung apabila Adrian Marvel bin Erni menjaringkan gol sendiri pada minit ke-12 sebelum Seth Mohamatsorles menambah gol ketiga pasukannya selang empat minit kemudian.

    Pasukan Koupreys Juniors menambah kesengsaraan Brunei dengan gol keenam petang itu apabila Kea Visal membenamkan tandukan yang baik selepas menerima hantaran silang Soeun Solido. Pemain tengah Brunei, Awangku Faris Fadillah bin Pengiran Saiful Bahari berpeluang menjaringkan gol tetapi sepakan percumanya tersasar.

    Keputusan itu bermakna Kemboja berada di kedudukan kukuh untuk layak sebagai pasukan tempat kedua kumpulan ke peringkat kalah mati.

    Antara aksi semasa perlawanan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PERSEKUTUAN BOLA SEPAK KEMBOJA

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...