Tabuan muda kecewa lagi

Oleh Fadhil Yunus

KEMBOJA, 11 NOV – Skuad muda negara bawah 19 tahun menamatkan kempen Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) peringkat kelayakan 2020 dengan kekalahan 3-0 menentang tuan rumah Kemboja di Stadium Kebangsaan Olimpik di Phnom Penh, Kemboja, Ahad lalu.

Pada perlawanan tersebut, pasukan lawan berjaya membuka jaringan pembukaan apabila berjaya mencetak gol pada minit ke-13 hasil jaringan Lim Pisoth.

Sementara itu pada minit ke-29, skuad muda Kemboja terus mencari ruang untuk membolosi gawang gol pasukan muda negara dengan satu lagi jaringan hasil pemain tengah Kemboja, Keo Oudom. Manakala gol ketiga pula dijaringkan oleh Min Ratanak pada minit ke-85. Pasukan Tabuan muda sebelum ini berdepan dengan kekecewaan apabila tewas pada dua perlawanan iaitu dengan menentang Thailand dengan keputusan berakhir 9-0 dan sekali lagi tewas ketika menentang Malaysia dengan jaringan 11-0.

Skuad muda negara yang dikendalikan oleh Mohd Ikhmarol Izzat bin Haji Omar bagaimanapun hanya menikmati satu sahaja ke kemenangan tipis ketika menentang Northern Mariana Islands dengan jaringan 4-3.

Kemboja memasuki peringkat akhir Kumpulan G selepas menewaskan Thailand 2-1 pada perlawanan lalu, sementara Brunei berada di kedudukan keempat kumpulan.

Aksi pemain skuad muda negara ketika menentang Kemboja. – Gambar oleh Persekutuan Bolasepak Kemboja