Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini, telah menyerahkan sumbangan berjumlah $9,325 untuk Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria.
Majlis penyerahan diadakan di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) di mana hadir menerima sumbangan berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di KKBS, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan.
Hadir bagi menyerahkan sumbangan ialah Setiausaha Tetap (Urus Tadbir Perkhidmatan Awam) di JPM, Awang Ajman bin Haji Meludin.


