Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tabung kemanusiaan gempa terima sumbangan $9,500

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Sumbangan berjumlah $9,500 bagi Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Syria telah diterima daripada dua agensi iaitu Kumpulan Isteri Menteri-menteri Kabinet, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu, dan Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

    Majlis penyerahan berlangsung di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan dihadiri oleh Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh.

    Bagi pihak kumpulan isteri pembesar-pembesar negara, sumbangan berjumlah $3,500 disampaikan oleh Datin Fadzlin binti Hashim manakala itu, sumbangan berjumlah $6,000 daripada JPI pula disampaikan oleh Pemangku Pengarah Institusi Pengajian, JPI, Hajah Mariana binti Haji Jamil.

    Pemangku Pengarah JAPEM semasa menerima sumbangan tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda