Sunday, March 30, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tabung Palestin terima sumbangan $25,000

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad menerima sumbangan keseluruhan berjumlah $25,000 daripada enam buah syarikat bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 pada majlis yang berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), hari ini.

    Pada majlis berkenaan, sumbangan derma daripada Syarikat Samima Sdn Bhd berjumlah $10,000 telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Syarikat Samima Sdn Bhd, Haji Hidhayathullah bin Haji Tajudeen.

    Seterusnya, Syarikat TM Majeed yang menyumbangkan $5,000 telah disampaikan oleh Pengurus Am Pasar Raya TM Majeed, Ferose Khan bin Abdul Ravoof, sementara sumbangan derma dari Pasar Raya TM Majeed berjumlah $2,000 juga disampaikan oleh Ferose Khan.

    Turut menyumbangkan derma pada majlis berkenaan ialah Pasar Raya Orbit Sdn Bhd berjumlah $2,000 yang disampaikan oleh Pengerusi Pasar Raya Orbit Sdn Bhd, Anwar Ali bin Mohamed Yusuff.

    Manakala Pasar Raya Daya pula menderma $1,000 juga diwakili oleh Anwar Ali serta Aisha Afiqa Sdn Bhd yang menyumbang sebanyak $5,000 telah disampaikan oleh Pengarah Syarikat Aisha Afiqa Sdn Bhd, Haja Najirudeen.

    Turut hadir menyaksikan penyerahan derma berkenaan ialah Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh selaku pengerusi majlis dan ahli-ahli syarikat-syarikat berkenaan.

    Tempoh kutipan Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 telah dilanjutkan selama enam bulan lagi iaitu sehingga 18 April bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk meneruskan aktiviti-aktiviti amal dan sumbangan derma kepada rakyat Palestin
    di Gaza.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menerima sumbangan daripada Haji Hidhayathullah pada majlis yang berlangsung di Bangunan KKBS, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda