Saturday, May 10, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tabung Sulawesi terima sumbangan hampir $17,000

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Okt – Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi (TKBS), baru-baru ini telah menerima sumbangan berjumlah $16,910 daripada Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) dan Masyarakat Tionghua pada malis yang berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Hadir menerima kedua-dua sumbangan berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku penasihat bersama tabung kemanusiaan tersebut.

    PESEBAR menyerahkan sumbangan berjumlah $1,180 yang disampaikan oleh presidennya, Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Yahya bin Haji Ibrahim.

    Secara berasingan, Yang Berhormat Ong Tiong Oh, Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin, Dato Ting Jack Chai serta ahli-ahli daripada Masyarakat Tionghua menyerahkan sumbangan berjumlah $15,730.

    Turut hadir bagi menyaksikan kedua-dua majlis penyerahan derma berkenaan ialah Setiausaha Tetap di KKBS, Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

    Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan ketika menerima sumbangan sambil disaksikan oleh Yang Berhormat Ong Tiong Oh.

    Tabung kemanusiaan berkenaan yang ditubuhkan atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berikutan kejadian gempa bumi berukuran 7.7 skala Richter di Sulawesi yang mencetuskan tsunami pada 28 September 2018 lalu yang akan dibukakan selama tiga bulan.

    Antara lain tujuannya adalah bagi membolehkan dan memudahkan orang ramai serta pelbagai pihak untuk mengusahakan kutipan derma bagi membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami tersebut.

    Orang ramai yang berhasrat untuk menyalurkan sumbangan derma berbentuk kewa-ngan bolehlah berbuat demikian melalui tabung-tabung yang disediakan di masjid-masjid, surau, bangunan bank, gedung-gedung perniagaan dan bangunan awam di seluruh negara.

    Derma juga boleh disalurkan secara online melalui Bank Islam Brunei Darussalam pada akaun bernombor 00-001-01-0076007 atau dihantar terus kepada pihak Urus Setia TKBS di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Bangunan KKBS, Jalan Kebangsaan pada waktu bekerja.

    Sumbangan juga boleh dihantar melalui perkhidmatan SMS dengan menaip BANTU (tanpa jarak) diikuti dengan jumlah 1, 5, 10, 15 atau 20 dan hantar ke talian 38111 bagi pelanggan DST dan pelanggan Progesif, sehingga 22 November depan.

    Sementara itu, bagi mana-mana pihak yang berhasrat untuk menyediakan peti ta-bung bagi mengadakan kutipan amal, boleh mendapatkan pelekat khas daripada pihak Urus Setia TKBS pada waktu pejabat.

    Bagi sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, boleh menghubungi pihak Urus Setia TKBS di talian 2381903 sambungan 1341/1242 atau e-mel pr.japem@gmail.com.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda