Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Taburan salji rendah di banjaran gunung Himalaya ancam 2 bilion penduduk

    ISLAMABAD, 22 APRIL – Taburan salji di banjaran gunung Hindu Kush-Himalaya di Asia telah mencatat paras terendah dalam tempoh 23 tahun, mengancam hampir dua bilion penduduk yang bergantung kepada cairan salji sebagai sumber air, menurut amaran saintis dalam satu laporan kelmarin.

    Banjaran Hindu Kush-Himalaya, yang merentang dari Afghanistan hingga Myanmar, menyimpan rizab ais dan salji terbesar di dunia selepas Artik dan Antartika, dan menjadi sumber air tawar penting untuk kira-kira dua bilion manusia.

    Penyelidik mendapati penurunan ketara dalam taburan salji bermusim di seluruh rantau Hindu Kush-Himalaya, dengan kekerapan salji (tempoh salji kekal di atas tanah) menurun sebanyak 23.6 peratus di bawah paras normal terendah dalam tempoh 23 tahun,” menurut Pusat Pembangunan Gunung Bersepadu Antarabangsa (ICIMOD).

    “Trend ini, yang kini memasuki tahun ketiga berturut-turut, mengancam keselamatan bekalan air bagi hampir dua bilion penduduk,” menurut Laporan Pengemaskinian Salji.

    Kajian berkenaan turut memberi amaran mengenai ‘aliran sungai yang lebih rendah, peningkatan kebergantungan kepada air bawah tanah, dan risiko kemarau yang semakin tinggi.’

    Pengarang utama laporan ICIMOD, Sher Muhammad, memberitahu AFP bahawa “tahun ini, salji mula turun lewat pada bulan Januari dan secara purata kekal pada paras rendah sepanjang musim sejuk.” – AFP

    Rangkaian pergunungan Hindu Kush dilitupi salji tebal, sebahagian daripada Banjaran Himalaya Besar, merentasi Afghanistan dan Pakistan, 14 Januari 2020. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Edry Abdul Halim pitam usai konsert

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    Berita Berkaitan

    Edry Abdul Halim pitam usai konsert

    Penyanyi Edry Abdul Halim berkongsi keadaan terkini selepas dilaporkan...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...

    Majlis undi calon ketua kampung

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...