Saturday, September 28, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tadarus Al-Quran kukuhkan hubungan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Ahli-ahli jawatankuasa dan jemaah tadarus Al-Quran subuh Masjid Kampung Sungai Besar, hari ini, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran setelah berjaya melengkapkan bacaan 30 juzuk Al-Quran.

    Majlis yang berlangsung di masjid berkenaan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai sebelum bacaan surah-surah lazim yang dipimpin oleh Awang Abdul Rahim bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Tamin yang juga mengetuai bacaan tahtim.

    Doa Tahlil dan Doa Selamat dibacakan oleh Imam Masjid Kampung Sungai Besar, Haji Hanafiah bin Haji Mahmud.

    Ketua Kampung Sungai Besar, Kampung Serdang dan Kampung Sungai Belukut, Leftenan Kolonel (B) Awang Haji Zaini bin Haji Damit telah berkongsi rasa syukur dengan keberkatan membaca Al-Quran telah membentuk kekukuhan hubungan antara jemaah di masjid berkenaan.

    “Membaca Al-Quran menjadi kewajiban untuk kitani mendekatkan diri kepada Allah dan ibadah itu juga membentuk rohani dan memperkuatkan keimanan kita,” jelas beliau selaku Penasihat I Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Besar.

    Turut hadir ialah Penasihat II AJK Takmir, Haji Mohidin Pengarah Haji Awang Othman.

    Gambar ramai ahli jawatankuasa masjid dan ahli-ahli jemaah tadarus Al-Quran pada majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Sungai Besar. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda