Wednesday, March 12, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tadarus Istana Nurul Iman malam kesepuluh diteruskan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Majlis Bertadarus Malam-malam Bulan Ramadan bagi Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi diteruskan lagi bagi malam kesepuluh di Surau, Istana Nurul Iman, di sini, malam tadi.

    Hadir pada majlis itu ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Majlis dimulai dengan sembahyang Fardu Isyak dan Sunat Tarawih berjemaah, dan doa dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Haji Awang Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz.

    Majlis diikuti dengan tazkirah yang bertajuk Fadhilat Surah Yassin yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Muzhafar bin Marsidi bagi jemaah lelaki dan bagi jemaah perempuan disampaikan oleh Ustazah Syuhaidah bin Haji Mohd Yusof.

    Kemudian, majlis disusuli dengan bacaan tadarus Al-Quran dan seterusnya di tutup dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Seramai 800 pegawai dan kakitangan dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Guru Ugama (JPI) dan jemputan khas telah turut hadir ke majlis berkenaan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin di majlis berkenaan.
    Antara jemaah lelaki yang hadir ke majlis berkenaan.
    Antara jemaah perempuan yang hadir ke majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda