Oleh Yusrin Junaidi & Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Bagi menyemarakkan bulan suci Ramadan tahun ini, pelbagai pihak di negara ini giat mengadakan majlis-majlis tadarus dalam sama-sama meraih kemanfaatan dan pahala yang berlipat kali ganda. Petang tadi, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) telah mengadakan Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadan

