Sunday, April 28, 2024
25.7 C
Brunei

    -

    Tadika mula beroperasi dengan 30 peratus kapasiti

    Oleh Sim Y.H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Sesi persekolahan secara fizikal bagi peringkat ke-2 Fasa Awal Endemik bagi pelajar Tahun 7 hingga 9 sesi akademik 2022 telah bermula pada hari ini.

    Sesi pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan lima kali dalam seminggu dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah diamalkan di sekolah-sekolah berkenaan.

    Sebagaimana jua permulaan sekolah bagi Tahun 10 hingga 13 sebelum ini, pelajar-pelajar dikehendaki menjalani ujian saringan COVID-19 menggunakan kit ujian pantas antigen (ART) seminggu sekali.

    Pada peringkat kedua pembukaan institusi-institusi pendidikan di Fasa Awal Endemik ini, sesi pengajaran dan pembelajaran secara fizikal turut dibukakan untuk kanak-kanak tadika di bawah kawalan Kementerian Pendidikan khususnya peringkat tadika 1 dan 2 iaitu pelajar yang berumur tiga dan empat tahun.

    Tadika telah beroperasi dengan kapasiti kehadiran pelajar tidak melebihi 30 peratus kapasiti dengan kekerapan sebanyak lima kali dalam seminggu.

    Pelajar-pelajar itu mempunyai pilihan sama ada untuk mengikuti sesi pembelajaran secara fizikal atau mengikuti Home-Based Learning (HBL).

    Sementara itu, bagi para pelajar yang belum lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 akan mengikuti HBL sama ada dengan kaedah dalam talian (online) atau melalui kaedah Home Learning Pack (HLP) bagi mereka yang tidak mempunyai akses kepada kaedah dalam talian.

    Demi menjaga kemaslahatan warga sekolah, pihak sekolah telah melaksanakan Whole School Modification Approach, SOP dan garis panduan yang komprehensif sebagai tambahan kepada pelan kelangsungan perniagaan (BCP) yang sedia ada.

    Bagi sebarang pertanyaan mengenai sesi persekolahan penggal pertama bagi sesi akademik 2022 yang dilaksanakan secara berperingkat ini, orang ramai khasnya ibu bapa atau penjaga adalah dinasihatkan untuk menghubungi sekolah masing-masing.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...