SAN MIGUEL DE LOS JAGUEYEZ – Di tengah-tengah pangkalan tentera di luar bandar Mexico, seorang kolonel (Kol) tentera menguruskan sebuah tadika untuk anjing. Tujuannya mengendalikan tadika tersebut adalah untuk menjadikan anak anjing sebagai anjing penyelamat atau anjing pengesan dadah atau bahan letupan. Anjing-anjing itu akan menerima latihan asas di Pusat Pengeluaran Anjing Tentera Udara Mexico.