Pelakon terkenal Korea Selatan, Moon Tae Yoo, mengumumkan bahawa dia akan melangsungkan perkahwinan pada Oktober tahun ini.
Dalam satu kenyataan di kafe rasmi bersama peminatnya, semalam, Moon Tae Yoo berkata, “Saya telah bertemu dengan pasangan hidup yang akan saya cintai dan bergantung sepanjang hayat. Kami akan berkahwin pada 9 Oktober.”
Moon Tae Yoo juga berkongsi sedikit maklumat mengenai tunangnya, “Dia tidak bekerja dalam bidang yang sama dengan saya, tetapi dia sentiasa memahami dan menyokong saya. Dia membuatkan saya ingin menjadi seorang yang lebih baik.”
Dia menambah, “Oleh kerana dia bukan seorang yang bekerja dalam bidang komunikasi awam, saya mohon pengertian awda bahawa saya tidak dapat berkongsi lebih banyak butiran. Saya akan terus berusaha keras dan membalas sokongan awda dengan projek-projek yang hebat pada masa akan datang.”
Moon Tae Yoo memulakan kerjayanya pada tahun 2007 dan telah muncul dalam beberapa siri drama popular termasuk Hospital Playlist 2, Forecasting Love and Weather, dan The Interest of Love. Baru-baru ini, dia telah membintangi siri hit tvN, Queen of Tears.– Agensi
