Khabar pertunangan ahli kumpulan 2PM iaitu Taecyeon bersama kekasih hatinya disambut baik para peminat.
Menerusi foto yang tular di media sosial, Taecyeon dilihat melamar teman wanitanya semasa mereka bercuti di Paris.
Bagaimanapun selepas kecoh mengatakan mereka bertunang, pihak agensi Taecyeon tampil menjelaskan khabar gembira itu tidak benar.
Katanya, foto tersebut diambil semasa Taecyeon menyambut ulang tahun kelahiran kekasihnya.
Malah cincin diberikan Taecyeon merupakan hadiah bersempena ulang tahun wanita berkenaan.
“Berita tentang perkahwinan itu tidak benar! Dia hanya mengambil gambar untuk meraikan hari jadi teman wanitanya.
“Kami juga kesal apabila gambar itu telah didedahkan kerana kekasihnya bukan selebriti,” katanya.
Jelasnya, Taecyeon masih tiada perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
“Dia dan teman wanitanya masih bercinta seperti biasa dan walaupun mereka mungkin akan berkahwin apabila tiba masanya.
“Mereka tidak mempunyai rancangan untuk segera berkahwin,” ujarnya.
Untuk rekod, Taecyeon dan kekasihnya mula bercinta sejak 2020 malah sebelum ini wajah wanita tersebut dirahsiakan daripada peminat. – Agensi
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/02/6-Taecyeon_f.jpg)