Tuesday, April 22, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taeil berdepan tuduhan quasi rape

    Bekas anggota kumpulan NCT iaitu Taeil berdepan dengan tuduhan ‘quasi rape’ atau melakukan serangan seksual di luar kesedaran mangsa terhadap seorang wanita tahun lalu.

    Turut diseret ke mahkamah adalah dua lagi rakannya yang berdepan tuduhan sama.

    Memetik laporan mStar, perbicaraan kes dengan pertuduhan itu akan disebut di Mahkamah Daerah Pusat Seoul untuk perbicaraan awal pada 12 Mei 2025.

    Perbicaraan kes itu susulan dakwaan rasmi terhadap ketiga-tiga tertuduh dibuat pada 28 Februari lalu oleh Pejabat Pendakwa Daerah Pusat Seoul kerana melanggar Akta Hukuman Jenayah Seksual.

    Pada Jun tahun lalu, kes tersebut menarik perhatian apabila Taeil dan dua yang lain didakwa melakukan serangan seksual tanpa persetujuan terhadap seorang wanita yang dalam keadaan mabuk dan tidak dapat melawan ketika diserang.

    Di bawah undang-undang Korea Selatan, serangan seksual dilakukan terhadap seseorang dalam keadaan tidak sedarkan diri atau tidak dapat melawan diklasifikasikan sebagai ‘quasi rape’.

    Sebagai tindak balas kepada kontroversi berkenaan, Taeil menarik diri daripada NCT dan agensi pengurusannya, SM Entertainment.

    Syarikat itu secara rasmi mengumumkan penamatan kontrak eksklusifnya pada 15 Oktober tahun lalu.

    Taeil merupakan sebahagian daripada NCT yang memulakan kerjaya pada tahun 2016.

    Kumpulan itu kini mempunyai lebih puluhan ahli yang dibahagikan kepada beberapa subunit, termasuk NCT 127, NCT Dream dan NCT Wish. – Agensi

    Sebutan pertama kes Taeil ditetapkan pada 12 Mei ini. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda