Penyanyi Taeil dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun enam bulan atas kesalahan jenayah seksual yang dilakukan pada Jun tahun lalu.
Mahkamah Daerah Seoul menetapkan hukuman itu terhadap Taeil, 31, bersama dua lagi sahabatnya kelmarin.
Ketiga-tiga mereka turut diarahkan untuk mengikuti program pendidikan berkaitan keganasan seksual selama 40 jam, menurut laporan mStar.
Tidak hanya itu, kesemua tertuduh perlu didaftarkan sebagai pesalah jenayah seksual di kawasan tempat tinggal masing-masing.
Mahkamah dalam masa sama melarang Taeil bekerja dalam bidang yang melibatkan kanak-kanak dan remaja selama tempoh lima tahun akan datang.
Taeil yang juga merupakan bekas anggota kumpulan NCT sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan terhadapnya namun memohon hukuman lebih ringan.
Ketika perbicaraan berlangsung sebelum ini, peguamnya memberitahu Taeil telah mengakui kesilapan sendiri dan berjanji tidak akan mengulanginya.
Taeil melakukan kesalahan itu bersama dua lagi rakannya pada Jun tahun lalu melibatkan mangsa seorang wanita warganegara China. – Agensi
