Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taeil disingkir NCT akibat jenayah seksual

    Penyanyi Taeil disingkirkan daripada kumpulan NCT selepas namanya didakwa terbabit dengan jenayah seksual serius.

    Agensinya, SM Entertainment dalam satu kenyataan turut mengesahkan perkara tersebut dan Taeil, 30, juga sudah dimaklumkan tentang keputusan tersebut.

    “Kami sedar dakwaan terhadap Taeil melakukan jenayah seksual adalah berat dan kami memutuskan Taeil tidak lagi boleh meneruskan aktiviti bersama NCT. Kami sudah membincangkan perkara ini dengan Taeil dan putuskan dia akan meninggalkan kumpulan NCT,” katanya.

    Pada masa sama label itu menambah penyanyi itu akan memberi kerjasama penuh dengan pihak polis bagi membantu siasatan. Malah SM Entertainment memohon maaf atas kontroversi yang membabitkan artis naungan mereka.

    “Pada masa ini, Taeil sedia bekerjasama dalam siasatan polis. Kami akan kongsi kenyataan tambahan semasa siasatan berjalan. Kami memohon maaf atas kontroversi yang ditimbulkan oleh artis kami,” jelasnya

    Taeil merupakan sebahagian daripada NCT yang memulakan kerjaya pada tahun 2016. Kumpulan itu kini mempunyai lebih dua dozen ahli yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil termasuk NCT 127, NCT Dream dan NCT Wish. – Agensi

    Taeil sudah tidak lagi bersama NCT selepas namanya digugurkan pihak agensi. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda