Monday, March 31, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tahan lasak, selesa

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Syarikat GHK Motors Sdn Bhd menambah lagi barisan jenama Chevrolet mereka dengan melancarkan Trailblazer yang diperbaharui.

    Trailblazer serba baru ini adalah versi MY18 tampil dengan kekuatan enjin diesel 2.5 Liter Duramax 4-Silinder DOHC 16 injap, dimantapkan lagi dengan ‘Common Rail Direct Ignition System VGT Turbocharger’ dan Multi-Port Fuel Injection (MFI) setentunya sebuah kereta tahan lasak.

    Semasa pendedahan di Jerudong petang tadi, wakil media mendengar keterangan mengenai ciri-ciri yang terdapat di dalam Trailblazer terbaru ini disampaikan oleh Pelatih Latihan dan Teknikal GHK Motors Sdn Bhd, Awang Dedi Rusmiadi.

    Dalam versi Trailblazer di negara ini, ciri-ciri keselamatan lain seperti rangka badan yang keras, lampu kabus depan dan lampu LED juga turut dimuatkan. Trailblazer menghasilkan 180 kuasa kuda pada 3600 rpm dan tork pada 440Nm pada 2000 rpm.

    Menurut Awang Dedi, walaupun model terbaru ini dilengkapi enjin 2.5 L tetapi kekuatan masih sama dengan model terdahulu dengan bantuan teknologi VGT Turbocharger, ditambah lagi dengan transmisi automatik enam kelajuan.

    Chevrolet Trailblazer serba baru ini dilengkapi fungsi ‘Remote Start’ yang boleh menghidupkan enjin dari luar kereta secara automatik.
    Chevrolet Trailblazer serba baru ini dilengkapi fungsi ‘Remote Start’ yang boleh menghidupkan enjin dari luar kereta secara automatik.
    Ruang dalaman versi baru Trailblazer dilengkapi ‘Multimedia Projection Apple CarPlay’ bagi keselesaan pengguna.
    Ruang dalaman versi baru Trailblazer dilengkapi ‘Multimedia Projection Apple CarPlay’ bagi keselesaan pengguna.

    Chevrolet Trailblazer dengan reka bentuk besar mempunyai kapasiti tangki bahan api 76 liter dengan purata penggunaan 9.8 liter bagi 100km.

    Ruangan dalaman model ini dilengkapi fungsi ‘Remote Start’ yang boleh menghidupkan enjin dari luar kereta secara automatic termasuk menghidupkan penyaman udara kepada 25 darjah Celsius.

    Trailblazer dilengkapi ‘Multi-media Projection Apple CarPlay’ bagi keselesaan pengguna. Dari segi keselamatan, ia dilengkapi beg udara SRS bahagian depan, sisi dan lutut, amaran perubahan haluan, sistem kawalan titik buta dan amaran pertembungan depan (FCA).

    Orang ramai boleh menyaksikan keluaran terbaru ini dengan mengunjungi Bilik Pameran Chevrolet Brunei semasa waktu pejabat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda