BEIJING, 29 APRIL – China berkata hari ini dua warga Kanada yang ditahan lebih 500 hari berhubung kes yang menjejaskan hubungan diplomatik berada ‘dalam keadaan sihat’, selepas pihak berkuasa menangguhkan kunjungan konsular disebabkan pandemik koronavirus.
Ahli perniagaan Michael Spavor dan bekas diplomat Michael Kovrig telah ditahan sejak Disember 2018, jelasnya tindak balas atas penangkapan eksekutif Huawei, Meng Wanzhou di Vancouver dengan waran tangkap AS.
AS mahu Meng diekstradisi untuk berdepan perbicaraan atas tuduhan berkaitan pembuat alat telekom yang dipercayai melanggar sekatan AS ke atas Iran. – AFP