Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI – Kelab Bersatu Bikers (BBC) telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah khusus bagi Allahyarham Pengiran Yunos bin Pengiran Manai, yang merupakan salah seorang anggota kelab tersebut.
Majlis berkenaan dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada wakil keluarga Allahyarham, sebelum diteruskan dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah.
Hadir memeriahkan majlis ialah Yang Di-Pertua BBC, Haji Mohammad Isa bin Haji Marsidi; Timbalan Yang Di-Pertua, Pengiran Mohd Aderus bin Pengiran Haji Tengah; Setiausaha 1, Pengiran Jaya bin Pengiran Haji Bakar; dan Setiausaha 2, Dayang Sarinah binti Haji Zainal Abidin, para ahli kelab serta keluarga Allahyarham.
Beberapa ahli BBC turut menyampaikan sokongan moral kepada keluarga Allahyarham berupa sumbangan derma yang telah disampaikan oleh Haji Mohammad Isa kepada keluarga Allahyarham.
Majlis tersebut mencerminkan semangat ukhuwah dan kebersamaan dalam kalangan ahli kelab, selain menjadi wadah untuk mengenang jasa dan pengorbanan ahli yang telah pergi mendahului.