Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Wen Yiwei muncul sebagai johan dalam Kategori Foil Individu Lelaki sementara Dayang Alina Ali pula sebagai juara dalam Kategori Individu Epee Wanita di dalam Kejohanan Lawan Pedang Terbuka Brunei 2018 yang kini berlangsung sehingga 14 Januari nanti.
Dalam aksi final Kategori Foil Individu Lelaki, Wen Yiwei diberikan tentangan hebat oleh Awang Asahrin, namun berjaya menundukkannya dengan mata 15-11.
Manakala dalam aksi pelawan final Kategori Eppe Individu Wanita, Dayang Alina Ali berjaya menewaskan Dayang Amal N. Mizan dengan jaringan mata 15-9.
Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah di acara tersebut ialah Presiden Persekutuan Lawan Pedang Brunei Darussalam, Haji Kassim bin Awang Bakar.
Dalam perlawanan seterusnya, esok akan menyaksikan perlawanan acara Sabre Individu Lelaki dan Foil Individu Wanita. Sementara pada 12 Januari akan diadakan perlawanan acara Epee Individu lelaki dan Sabre Individu Wanita. Manakala acara Epee Berkumpulan Wanita, Sabre Berkumpulan Lelaki dan Foil Berkumpulan Lelaki akan diadakan pada 13 Januari ini.
Hari terakhir bagi acara ini pula akan menyaksikan perlawanan acara Sabre Berlumpulan Wanita, Epee berkumpulan Lelaki dan Foil Berkumpulan Wanita.