Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tahun Yao Ming dalam bola keranjang China

    BEIJING, 26 Dis – Kejayaan luar biasa pada malam Ahad di Seoul apabila pasukan China menewaskan Korea Selatan 92-81 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIBA 2019.

    Hampir separuh daripada pemain utama pasukan pelawat tiada dalam perlawanan itu termasuk pemain tengah Houston Rockets, Zhou Qi. Namun pemain muda Sun Minghui menjaringkan 21 mata, tiga ‘rebound’ dan empas asis, manakala Abdulsalam menyumbangkan 15 mata, tujuh ‘rebound’, tiga tampanan dan tiga asis bagi memastikan kemenangan buat China.

    Bagaimanapun setahun yang lalu, ia mungkin sesuatu yang hampir mustahil bagi Abdulsalam dan Sun untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan.

    “Saya fikir ia adalah berita palsu apabila mereka memberitahu bahawa saya berada dalam pasukan kebangsaan,” kata Abdulsalam. Tetapi sistem dual pasukan kebangsaan yang dicipta oleh Yao telah menawarkan mereka peluang untuk berlatih dengan pemain terbaik China.

    Satu sistem baru itu mempunyai dua pasukan yang diterajui oleh sistem jurulatih berganda terdiri daripada Du Feng dan Li Nan bermain dalam pelbagai kejohanan antarabangsa sebelum mereka digabungkan menjadi satu pada tahun 2019 bagi persiapan Piala Dunia FIBA 2019 dan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

    China mempunyai 600,000 gelanggang bola keranjang, membuktikan bahawa negara itu sedar bahawa dengan hanya fokus pada perlawanan profesional atau pasukan kebangsaan adalah tidak mencukupi.
    Presiden CBA yang baru dilantik, Yao Ming.

    Dan ini hanya antara dasar berani yang digunapakai oleh Presiden Persatuan Bola Keranjang China (CBA) yang baru dilantik, Yao Ming.

    Sebagai sebahagian daripada reformasi yang dicetuskan dalam sistem sukan di China, para profesional seperti Yao Ming dan Jenny Lang Ping mula memainkan peranan penting dalam persatuan-persatuan sukan. Sebagai contoh dalam sukan bola keranjang, di mana reformasi menyaksikan tugasan bagi pentadbiran bola keranjang, divisyen-bahagian Pentadbiran Am Negeri bagi Sukan, telah dipindahkan ke CBA, yang bermakna persatuan akan bertanggungjawab sepenuhnya bagi pentadbiran sukan itu di China.

    Apabila perubahan itu lengkap, persatuan akan bertanggungjawab bagi pengurusan pasukan kebangsaan, liga, pembangunan belia serta pembangunan bola keranjang dalam masyarakat.

    “Ini adalah langkah penting dalam laluan bagi reformasi bola keranjang China. Sementara itu, kami perlu sedar bahawa perjalanan kami masih jauh,” kata Yao.

    Bagi pasukan kebangsaan pula, perjalanan jauh mereka bermua dengan perubahan kecil tetapi signifikan, kerana setiap ahli pasukan kebangsaan berpotensi kini menerima surat jemputan berbanding notis wajib. Mereka boleh memilih sam ada menyertai pasukan serta-merta atau mengekalkan jadual peribadi seperti bermain dalam liga musim panas NBA atau berkahwin.

    Perubahan itu membolehkan pemain seperti Ding Yanyuhang dan Zhou Qi mempunyai peluang lebih baik untuk mengimpikan sesuatu yang lebih besar. kedua Yao atau Wang Zhizhi tidak menikmati keistimewaan seperti itu.

    Abdulsalam merupakan antara bakat muda yang semakin menonjol dalam sukan bola keranjang China.

    Manakala bagi liga CBA pula, ia jauh daripada tarikan terbesar dalam pasaran bola keranjang di China. Selepas Yao mengambil alih, liga memulakan pelan reformasi lima tahun. akan terdapat 10 pasukan playoff berbanding lapan pasukan sebelum ini, dan jumlah itu akan bertambah kepada 12 pada musim 2018-2019. Musim biasa akan bertambah daripada 38 pusingan kepada 56 pusingan dalam tempoh lima tahun.

    Reformasi Yao ke atas liga juga termasuk mereka liga pembangunan seperti-NBDL bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada pemain-pemain muda. Lebih banyak kerja asas dilakukan seperti latihan profesional bagi para pengadil, draf CBA dan ujian-ujian kecergasan.

    “Pelaburan bukan segala-galanya dalam industri sukan, pingat emas bukan segala-galanya bagi sebuah negara sukan yang kuat,” kata Yao.

    China telah membina lebih 600,000 gelanggang bola keranjang, membuktikan bahawa negara itu sedar bahawa dengan hanya fokus pada perlawanan profesional atau pasukan kebangsaan adalah tidak mencukupi. Yao berkata bahawa sukan kompetitif, industri sukan dan budaya sukan perlu berkembang bersama.

    Yao dan CBA kini mempromosikan bola keranjang kepada semua peringkat umur, termasuk kanak-kanak.

    Menurut Yao, bola keranjang adalah cara hidup, satu kaedah untuk memberikan pendidikan kepada orang ramai dan cara mengukuhkan masyarakat. Ia menguatkan badan dan minda seseorang. Dengan membolehkan lebih ramai kanak-kanak terlibat dalam bola keranjang, Yao cuba membina asas yang kukuh bagi masa depan sukan itu di China. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda