Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Sempena meraikan Sambutan Jubli Perak, Tabung Aman ah Islam Brunei (TAIB) hari ini mengadakan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh penceramah terkenal Malaysia, Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid di Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.
Kuliah Subuh bertajuk ‘Rezeki dan Hutang’ itu dihadiri hampir 500 orang terdiri daripada para belia dan warga emas di sini.
Dalam ceramah itu, Ustaz Don Daniyal menyentuh mengenai kehebatan solat fardu lima waktu, terutama kehebatan dan keistimewaan solat fardu Subuh berjemaah di masjid.
TAIB dalam kenyataan yang dikeluarkannya di sini, menyatakan ia komited mengadakan aktiviti seumpamanya sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat dalam pendidikan, sekali gus berkongsi inspirasi ke arah pembangunan negara melalui visi Brunei 2035.