TAIB kumpul $110,000 untuk Palestin

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Sebanyak $110,000 yang berjaya dikumpul oleh Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) untuk menyokong Tabung Kemanusiaan Palestin 2021 telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, kelmarin.

Jumlah derma tersebut adalah hasil sumbangan terkumpul daripada orang ramai dan pelanggan-pelanggan Perbadanan TAIB melalui perkhidmatan-perkhidmatan Perbadanan TAIB seperti perbankan dalam talian dan ATM.

Kempen kutipan derma bagi Tabung Kemanusiaan Palestin 2021 melalui perkhidmatan-perkhidmatan Perbadanan TAIB telah ditutup pada 23 Ogos 2021 setelah dibukakan kepada orang ramai dan pelanggan-pelanggannya sejak 8 Jun 2021.

Kutipan ini adalah selaras dengan usaha-usaha bagi menyokong Tabung Kemanusiaan Palestin 2021 di bawah inisiatif kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.