Friday, November 8, 2024
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taib Mahmud dalam fasa pemulihan, tak perlu lantik pemangku

    KUCHING, 1 OGOS – Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud jatuh sakit semasa berada di luar negara dan kini dalam fasa pemulihan.

    Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubu-ngan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata keadaan semasa tidak memerlukan pelantikan pemangku Yang Dipertua Negeri.

    Beliau berkata walaupun tidak berada di dalam negeri, Abdul Taib sentiasa berkomunikasi dengan kerajaan negeri Sarawak dan dapat melaksanakan tugas rasmi.

    “Kerajaan negeri akan sentiasa dimaklumkan tentang status kesihatan beliau dan tindakan selanjutnya akan berpandukan Undang-Undang Tubuh Negeri serta kepentingan Sarawak,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud (tengah) memukul gong merasmikan Perayaan Gawai Dayak 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada 7 Jun lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda