Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Bagi menyokong inisiatif Tabung Kemanusiaan Palestin 2021, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) telah menyediakan platform bagi orang ramai untuk membuat sumbangan melalui perkhidmatannya.
Sehubungan itu, sumbangan derma bolehlah dihantar ke nombor akaun TAIB 002110754902016 yang mana pendermaan dibukakan sehingga 23 Ogos depan.
Sumbangan boleh dibuat menerusi pemindahan wang tunai melalui perbankan Internat, perbankan mudah alih, mesin pengeluaran wang tunai (ATM), mesin deposit wang tunai (CDM) atau pun melalui kaunter di mana-mana cawangan TAIB.