Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    TAIB tanam 33 pokok sempena ulang tahun ke-33

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Lebih 150 kakitangan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan anak-anak syarikatnya telah menanam 33 pokok eugenia, termasuk melaleuca linariifolia claret tops di Taman Rekreasi Menteri Besar, Jalan Menteri Besar, Berakas, kelmarin.
     
    Aktiviti penanaman pokok itu adalah anjuran Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd (IITHSB) dan Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB) sempena penubuhan Perbadanan TAIB ke 33 tahun. 
     
    Turut hadir ialah Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim; Ahli Lembaga Pengarah IITHSB, Awang Edzwan Zukri bin Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan; Pengarah Urusan DHSB, Haji Mahmud bin Haji Mohamed dan Pemangku Pengarah Urusan IITHSB, Haji Mohd Yusreza bin Haji Mohd Yussin.
     
    Aktiviti itu mencerminkan komitmen berterusan Perbadanan TAIB terhadap amalan lestari dalam membentuk masa depan yang lebih sihat dan hijau.
    Datin Hajah Hasnah semasa menyertai aktiviti penanaman pokok tersebut. – GAMBAR SERAHAN PERBADANAN TAIB
    Antara yang hadir menyertai aktiviti tersebut bergambar ramai. – GAMBAR SERAHAN PERBADANAN TAIB
    GAMBAR SERAHAN PERBADANAN TAIB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda