Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taikonaut kongsi pengalaman di stesen angkasa China

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Pelajar institut pengajian tinggi dan kolej di negara ini, hari ini, berpeluang mendengarkan perkongsian pengalaman tiga kru stesen angkasa China semasa sesi perbincangan pelajar ASEAN bersama Taikonaut.

    Hadir pada sesi perbincangan yang diadakan di Sekolah Penerbangan, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) itu ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

    Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong dalam ucapannya antara lain menjelaskan, sesi perbincangan itu dianjurkan oleh Pusat ASEAN China, World Affairs Press dan China Manned Space Office.

    “Taikonaut merupakan tiga anak kapal yang sedang dalam ‘perjalanan rasmi’ di atas stesen angkasa Tiangong, China,” jelasnya.

    Turut hadir pada sesi itu ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad, para pegawai kanan di Kementerian Pendidikan, naib canselor, rektor dan para pengarah universiti dan kolej yang terlibat.

    PYT Yu Hong semasa menyampaikan ucapan pada sesi perkongsian berkenaan.
    Yang Berhormat Menteri Pendidikan turut hadir mendengarkan perkongsian tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda