Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Taikun hartanah dijatuhi hukuman mati

    HO CHI MINH, 12 APRIL – Seorang taikun hartanah Vietnam dijatuhi hukuman mati kelmarin dalam salah satu kes rasuah terbesar dalam sejarah, dengan anggaran ganti rugi berjumlah AS$27 bilion.

    Panel tiga juri yang dipilih sendiri dan dua hakim menolak semua hujah pembelaan oleh Truong My Lan, pengerusi syarikat pemaju utama, Van Thinh Phat, yang didapati bersalah menipu wang tunai daripada Saigon Commercial Bank (SCB) selama sedekad.

    Selepas perbicaraan minggu, Lan bersama 85 yang lain turut dijatuhkan hukuman atas tuduhan termasuk rasuah dan salah guna kuasa kepada peruntukan dan pelanggaran undang-undang perbankan.

    Lan menggelapkan AS$12.5 bilion, tetapi ganti rugi akibat penipuan itu kini berjumlah AS$27 bilion, suatu angka yang bersamaan enam peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Vietnam pada 2023, menurut pendakwa raya kelmarin.

    Mahkamah memerintahkan Lan, 67, membayar hampir keseluruhan jumlah ganti rugi sebagai pampasan. Polis telah mengenal pasti kira-kira 42,000 mangsa skandal, menjadikannya satu kes yang menggemparkan Asia Tenggara.

    Lan dituduh menyediakan permohonan pinjaman palsu untuk mengeluarkan wang daripada SCB, di mana dia memiliki 90 peratus kepentingan. Polis berkata mangsa penipuan kesemuanya adalah pemegang bon SCB yang tidak boleh mengeluarkan wang mereka dan tidak menerima faedah atau bayaran pokok sejak penahanan Lan.

    Lebih 1,000 hartanah milik Lan telah dirampas semasa perbicaraan mereka.

    Pihak berkuasa juga berkata AS$5.2 juta yang didakwa diberikan oleh Lan dan beberapa pegawai bank SCB kepada pegawai negeri supaya menyembunyikan pencabulan bank itu dan keadaan kewangan bank yang lemah adalah jenayah rasuah terbesar pernah dicatatkan di Vietnam. – AFP

    Truong My Lan semasa perbicaraan di Ho Chi Minh, Vietnam pada 11 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...