Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taikun hartanah Malaysia terlepas hukuman penjara, didenda S$30,000

    SINGAPURA, 15 OGOS – Seorang taikun hartanah Malaysia yang membantu membawa perlumbaan Formula Satu (F1) ke Singapura terlepas hukuman penjara tetapi didenda hari ini kerana bersubahat menghalang keadilan dalam kes yang berkaitan dengan kes seorang menteri yang dipenjara di negara itu tahun lalu.

    Taikun hartanah yang berpangkalan di Singapura, Ong Beng Seng, 79, didenda S$30,000 (AS$23,400) hampir dua minggu selepas beliau mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

    Ong, yang menghidap kanser didakwa pada Oktober lalu kerana membantu bekas menteri pengangkutan Singapura, S. Iswaran, menutup bukti dalam siasatan oleh biro anti-rasuah negara itu.

    Iswaran dipenjara kerana mengaku bersalah menerima hadiah sebagai penjawat awam bernilai lebih S$400,000 (AS$310,000) dan menghalang keadilan dalam perbicaraan rasuah politik pertama di negara itu dalam tempoh hampir setengah abad.

    Hakim Daerah Utama Lee Lit Cheng menjatuhkan hukuman hari ini dan menyatakan keadaan kesihatan Ong wajar diberi belas kasihan.

    “Hukuman penjara akan membawa risiko tinggi yang boleh membahayakan nyawanya,” kata hakim itu.

    “Oleh itu saya bersetuju dengan pihak pembelaan dan pendakwaan bahawa penggunaan belas kasihan kehakiman adalah wajar,” tambahnya. – AFP

    Taikun hotel Malaysia Ong Beng Seng meninggalkan Mahkamah Negeri di Singapura pada 4 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda