Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taikun Vietnam dipenjara 21 tahun

    HANOI, 5 OGOS – Seorang bekas hartawan Vietnam dan taikun penerbangan dipenjara selama 21 tahun hari ini kerana menipu dan memanipulasi pasaran saham bernilai AS$146 juta, kata media kerajaan.

    Mahkamah Hanoi berkata Trinh Van Quyet, yang memiliki empayar peranginan mewah FLC, padang golf dan syarikat penerbangan tambang murah Bamboo Airways, dijatuhi hukuman paling berat daripada 50 pertuduhan kerana dia adalah ketua penipuan itu.

    Van Quyet adalah ‘pemimpin’ dan mendapat manfaat ‘daripada majoriti wang dalam penipuan itu, maka dia mesti diberikan hukuman paling berat dalam kalangan 50 defendan,’ kata Mahkamah Rakyat Hanoi dalam keputusannya yang dipetik oleh akhbar Tuoi Tre.

    “Melalui pasaran saham, defendan meneruskan penipuan membawa kepada ketidakpercayaan kepada pelabur dan pasaran saham, menimbulkan kemarahan masyarakat,” tambahnya.

    Van Quyet dan 49 yang lain termasuk dua adik perempuannya dan beberapa pegawai bursa saham didakwa dengan penipuan, manipulasi pasaran saham, penyalahgunaan kuasa dan menerbitkan maklumat pasaran saham yang salah.

    Menurut dakwaan, Van Quyet menubuhkan beberapa broker pasaran saham dan mendaftarkan berpuluh-puluh ahli keluarga yang kononnya bertujuan untuk bermain saham.

    Perbicaraan bermula 22 Julai lalu dan melibatkan 100 orang peguam. – AFP

    Van Quyet diiringi ke mahkamah untuk perbicaraan kerana menipu pemegang saham, di Hanoi, Vietnam pada 22 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda