Saturday, February 8, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taiwan batal beli helikopter AS

    TAIPEI, 5 MEI – Taiwan telah membatalkan pembelian helikopter antikapal selam dari Amerika Syarikat (AS) kerana ia terlalu mahal, kata menteri pertahanannya hari ini.

    Pulau itu merancang untuk membeli kira-kira 12 helikopter Seahawk namun perjanjian itu telah dibatalkan ketika Taipei mengutamakan kos rendah, mudah membawa persenjataan untuk menangani sebarang ancaman.

    Media tempatan melaporkan awal tahun ini bahawa penjualan itu boleh terbatal selepas Washington menyimpulkan yang helikopter itu bukan taruhan terbaik untuk keperluan ‘peralatan perang tak simetri’ Taiwan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda