TAIPEI, 6 APRIL – Lebih sejuta rumah dan premis perniagaan di kawasan industri berat tengah Taiwan hari ini dikenakan pencatuan air, ketika pulau itu memerangi kemarau terburuk dalam 56 tahun. Gangguan bekalan dijangka akan memberi impak khususnya kepada sektor pengilangan mikrocip yang banyak menggunakan air ketika dunia sudah pun menyaksikan kekurangan bekalan semikonduktor global yang