Sunday, July 7, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    Taiwan mahu M’sia kerjasama lonjak industri bangunan hijau

    KUALA LUMPUR, 4 JULAI – Taiwan mahu bekerjasama dengan peserta industri Malaysia untuk membina ekosistem bahan bangunan hijau yang berdaya tahan.

    Pengarah Bahagian Ekonomi Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, James Chang berkata sektor pembuatan Malaysia, dipacu oleh industri pemprosesan berorientasikan eksport yang teguh, menyumbang sebahagian besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menghadapi tekanan untuk meningkatkan kecekapan tenaga.

    “Bagi tujuan ini, kami gembira untuk mengetengahkan produk inovatif di Taiwan Excellence Pavilion,” katanya ketika berucap merasmikan Taiwan Excellence Pavilion pada Pameran Seni Bina, Reka Bentuk Dalaman dan Bahan Binaan Antarabangsa Malaysia (ARCHIDEX) kelmarin.

    Beliau berkata perdagangan dua hala Malaysia-Taiwan mencecah AS$8.8 bilion pada suku pertama tahun ini, menunjukkan pertumbuhan ketara sebanyak 31 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.

    Taiwan Excellence Pavilion menampilkan 21 produk hijau daripada 11 syarikat yang memenangi anugerah, bertujuan mewujudkan era baharu kerjasama mampan dua hala antara Taiwan dan Malaysia.

    Pavilion itu dianjurkan bersama Pentadbiran Perdagangan Antarabangsa (TITA), Biro Perdagangan Luar Negara serta Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA).

    Tahun ini, dengan tema Greener Together, TITA dan TAITRA menampilkan reka bentuk pavilion inovatif yang menonjolkan imej Taiwan sebagai negara pergunungan dan hutan.

    Menerusi konsep kitar semula, guna semula dan mengurangkan, penganjur menggunakan bahan boleh kitar semula secara kreatif seperti penerobosan aluminium digabungkan dengan kanvas lut udara dalam reka bentuk reruai, mengurangkan pembaziran tanpa mengetepikan estetika. – Bernama

    Gambar freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...