Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taiwan siasat firma jual peralatan cip kepada Huawei

    HONG KONG, 8 OKT – Pihak berkuasa Taiwan sedang menyiasat empat syarikat berpangkalan di Taiwan yang disyaki membantu Huawei Technologies China membina kemudahan semikonduktor.

    Menteri Hal Ehwal, Wang Mei-hua berkata siasatan akan menentukan sama ada syarikat itu telah melanggar peraturan yang melarang penjualan teknologi dan peralatan sensitif ke China.

    Kementerian Hal Ehwal Ekonomi memanggil pembekal perkhidmatan semikonduktor dan kilang untuk disoal siasat selepas laporan oleh Bloomberg menyatakan mereka bekerjasama dengan Huawei ketika ia membina rangkaian kilang cip komputer.

    Siasatan itu juga akan mengkaji sama ada syarikat itu mengeksport sebarang teknologi atau produk sensitif dengan aplikasi ketenteraan yang termasuk dalam senarai Komoditi Berteknologi Tinggi Strategik Taiwan, kata Agensi Berita China Taiwan dan laporan lain.

    Mereka berkata penjual semula bahan semikonduktor, Topco Scientific Co; pembina bilik bersih, L&K Engineering Co; firma pembinaan dan reka bentuk, United Integrated Services Co dan pembekal sistem bekalan kimia, Cica-Huntek Chemical Technology Taiwan Co disyaki membekalkan peralatan atau perkhidmatan kepada Huawei.

    Syarikat-syarikat itu boleh didenda sehingga 25 juta dolar Taiwan (AS$777,665) kerana melanggar peraturan. – AP

    Gambar fail menunjukkan pengunjung berjalan di depan pameran untuk perkhidmatan 5G daripada firma Huawei di Ekspo PT di Beijing. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda