TAIPEI, 12 April – Taiwan telah mengeluarkan tegahan memakan anjing dan kucing, kata penggubal undang-undang hari ini, ketika tekanan memuncak untuk memperbaiki kebajikan haiwan selepas beberapa kes-kes kejam yang telah mencetuskan kemarahan awam.
Parlimen meluluskan perundangan kepada mereka yang memakan, membeli atau memiliki daging anjing dan kucing, dengan pesalahnya berdepan denda kira-kira Tw$250,000 (AS$8,170).
Pihak berkuasa juga menyiarkan nama dan memalukan mereka yang melanggar undang-undang tersebut.
“Ini menunjukkan Taiwan adalah sebuah masyarakat dengan kebajikan haiwan dipertingkatkan,” kata penggubal undang-undang Wang Yu-min yang mengusulkan cadangan baru itu.
Rang undang-undang itu juga menaikkan hukuman membunuh atau menyalahgunakan haiwan kepada tempoh maksimum dua tahun penjara dan denda Tw$2 juta. – AFP