Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taiwan terus catat sifar kes baharu

    TAIPEI, 8 JULAI – Taiwan mencatat hari kelima berturut-turut tanpa kes baharu COVID-19 hari ini, menjadikan jumlahnya 449 sejak pandemik itu bermula akhir tahun lalu, menurut Pusat Kawalan Epidemik (CECC).

    Setakat ini, 438 daripada 449 pesakit COVID-19 Taiwan telah pulih, tujuh meninggal dunia, dan empat lagi masih dikuarantin di hospital, lapor Agensi Berita Pusat Taiwan (CNA) memetik kenyataan CECC.

    Menurut data CECC, ia juga menandakan hari ke-87 berturut-turut tiada kes jangkitan tempatan.

    Sementara itu, pada taklimat mingguan media, penasihat CECC Chang Shan Chwen berkata 213 individu yang mungkin mempunyai kontak dengan seorang pelajar Jepun yang disahkan dijangkiti COVID-19, semuanya telah diuji negatif. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda