Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim, Bilster Technologies menyerahkan tajaan jersi bola keranjang bagi Pasukan Bola Keranjang Media dan Rakan-rakan (M&F) pada majlis yang berlangsung di Dewan Brilliance, Concepts Computer, Kiulap, hari ini.
Hadir bagi pihak Bilster Technologies untuk menyerahkan tajaan jersi berkenaan ialah Pengurus, Chua Chai Seng dan diterima oleh wakil pasukan M&F, James Kon.
Menurut James, tajaan jersi itu dihasratkan bukan sahaja untuk membakar semangat bagi pasukan M&F supaya te-rus meningkatkan keupayaan mereka sebagai pasukan bola keranjang tetapi juga untuk menggalakkan ahli-ahli pasukan bagi mengamalkan gaya hidup yang sihat.
