Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tajuk utama pautan berita dibuang dari X

    PARIS, 5 OKT – Platform media sosial Elon Musk, X telah membuang tajuk utama daripada artikel berita yang dikongsi oleh pengguna, dalam tindakan yang mungkin akan mengeruhkan lagi hubungan dengan kumpulan media.

    Taikun itu telah lama mengkritik ‘media warisan’ dan mendakwa X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, adalah sumber maklumat yang lebih baik.

    Bagaimanapun, beliau berkata perubahan terbaru itu adalah atas sebab ‘estetik’ – berita dan pautan lain kini hanya muncul sebagai gambar tanpa sebarang teks.

    Musk mengambil alih Twitter tahun lalu dalam perjanjian bernilai AS$44 bilion dan sejak itu menamakannya X, memecat ribuan kakitangan dan mendapat kritikan kerana membenarkan ahli teori konspirasi dan pelampau yang dilarang kembali ke platform itu, menyebabkan pengiklan melarikan diri.

    Beliau juga telah melarang dan mengembalikan semula beberapa wartawan dengan media utama termasuk Washington Post dan CNN, serta kelihatan menangguhkan pos daripada akaun-akaun termasuk New York Times.

    “Saya hampir tidak pernah membaca berita warisan lagi,” Musk menyiarkan pada Selasa.

    “Apa gunanya membaca 1,000 patah perkataan tentang sesuatu yang telah disiarkan di X beberapa hari lalu?” – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda