Sabtu, 22 November 2025
Klik Lagi

    Tak ada kelulusan tinggi, rasa seperti terpinggir

    Kadang-kadang aku rasa macam manusia tak bernilai. Semua sebab satu benda, aku tak ada degree.

    Dulu aku pernah cuba sambung belajar, tapi hidup tak mudah. Mak sakit, adik-adik masih kecil. Aku pilih untuk kerja dulu, tangguh niat belajar.

    Tapi sekarang bila aku cari kerja yang lebih baik, semua minta kelulusan. Ada 8 O level pun macam tak cukup. Resume aku ditolak tanpa baca isi pun.

    Aku pernah pergi temuduga, bawa semangat penuh dada. Tapi bila tengok aku tak ada sijil universiti, mereka terus senyum nipis dan cakap “kami akan hubungi kemudian.” Tapi tak pernah pun mereka hubungi semula. Aku tahu maksud sebenar senyuman tu.

    Lagi pedih bila orang sekeliling mula pandang rendah. Cakap aku malas belajar, padahal mereka tak tahu cerita sebenar. Ada yang selamba tanya, “Susah sangat ke nak sambung degree?” Aku senyum saja, padahal dalam hati rasa macam ditumbuk.

    Gambar Unsplash

    Aku bukan tak nak belajar. Aku cuma tak mampu.

    Tapi kenapa semua benda sekarang diukur dengan sekeping kertas?

    Tak ada degree tak bermaksud tak ada otak. Tak bermaksud aku tak boleh buat kerja dengan baik.

    Aku ada pengalaman, aku rajin belajar benda baharu, aku boleh berdikari. Tapi semua itu tak cukup bila dunia terlalu menghargai kelulusan lebih dari keupayaan sebenar.

    Hari-hari aku doa, moga ada tempat yang beri peluang pada orang macam aku. Sebab aku tahu, aku pun ada nilai.

    Aku cuma perlukan satu peluang untuk buktikan diri aku bukan orang yang gagal, walaupun aku tak pernah pakai jubah konvo.

    Hamdan

    NASIHAT DANG MP

    Terima kasih Hamdan kerana menulis kepada Media Permata. Tidak memiliki ijazah bukanlah bermaksud awda tiada nilai.

    Pengorbanan kamu menjaga keluarga, bekerja demi tanggungjawab, itu sudah pasti lebih besar daripada sekeping sijil akademik.

    Realitinya, dunia sekarang sememangnya mementingkan kelulusan. Dengan peluang belajar yang terbuka luas, sudah pasti seseorang mendapat peluang untuk memburu sekeping ijazah.

    Namun, ramai yang tidak tahu kisah di sebalik keputusan awda menangguh belajar.

    Mereka hanya nampak apa yang tertulis di resume, bukan perjalanan hidup di sebaliknya.

    Jangan biarkan pandangan orang luar tentukan harga diri awda.

    Walaupun belum ada ijazah, awda masih boleh terus maju. Gunakan pengalaman kerja sebagai aset. Cari peluang di tempat yang lebih menghargai kemahiran daripada kelulusan khususnya di sektor swasta sebagai contoh.

    Pertimbangkan untuk menghadiri kursus pendek atau pensijilan yang awda mampu untuk dapat kelebihan dalam pasaran kerja.

    Bina profil profesional dengan cara berkongsi kisah, pengalaman dan kepakaran awda dalam laman sosial atau laman web supaya bakal majikan dapat mengetahui lebih lanjut tentang diri awda. Luaskan rangkaian dengan mencipta kenalan-kenalan baru.

    Ingat, tidak semua kejayaan diukur melalui pentas konvokesyen. Ada orang berjaya dalam senyap, dalam diam, melalui tanggungjawab dan kerja keras.

    Dan Hamdan adalah salah seorang daripada mereka. Jangan mudah patah semangat. Teruskan berusaha dan berdoa.

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    ADB lulus pinjaman AS$330 juta naik taraf grid tenaga Pakistan

    ISLAMABAD, 21 NOV - Pakistan akan menerima pinjaman berjumlah...

    Teroka peluang kerjasama dalam bidang onkologi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV - Pusat Kanser Brunei...

    Mahkamah umum tarikh sebutan semula kes mekanik bunuh kanak-kanak

    KUCHING, 21 NOV - Mahkamah Majistret hari ini menetapkan...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...