Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tak berbaloi pakai baju lokap, dipenjara – Naim

    Pelakon dan penyanyi popular, Naim Daniel menyifatkan tindakan individu yang meninggalkan komen berbaur ugutan dalam media sosialnya adalah satu kerugian, baru-baru ini.

    Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, berkata satu kerugian besar kepada individu terbabit apabila ditangkap pihak berkuasa dan dipenjarakan hanya kerana tulis komen tidak sepatutnya dalam media sosial.

    Lebih membuatkan pelakon siri Project: High Council ini terkejut apabila individu terbabit masih muda dan hanya terikut-ikut dengan tindakan pelayar lain dalam media sosial.

    Justeru, Naim berkata, langkah tepat perlu diambil adalah membuat laporan polis supaya dapat memberi pengajaran kepada pelaku dan orang ramai.

    “Saya tak sangka orangnya masih muda dan berusia 24 tahun, tapi sanggup jadi keyboard warrior kerana mengikut orang lain dengan menulis komen tidak sepatutnya yang membawanya ke penjara. Ia satu kerugian besar kepada dirinya.

    “Dua hari selepas saya buat laporan polis berkaitan ugutan bunuh, pihak berkuasa dapat menangkap individu terbabit dan kami ada bertemu. Ini kerana ibu nak sangat berjumpa dengan pelaku berkenaan.

    “Hanya sebab komen hendak ugut bunuh di Instagram (IG) saya, kena pakai baju lokap dan dipenjara. Alangkah ruginya guna tangan untuk menulis perkataan tidak sepatutnya dalam media sosial hingga kena tangkap.

    “Hampir tiga jam sesi pertemuan di balai polis dengan pelaku terbabit yang disertai ibu bapa dan abang saya. Memang saya beri ceramah percuma selama tiga jam supaya sedar dengan apa yang dilakukan,” katanya kepada BH Online.

    Naim berkata, ibunya alami gangguan kebimbangan yang teruk selepas dapat tahu mengenai ugutan bunuh. – Agensi

    Naim terkejut individu tinggalkan komen ugutan masih muda dan hanya terikut-ikut dengan tindakan pelayar lain dalam media sosial. – Kosmo Digital
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda