Penyanyi rap antarabangsa, Cardi B membuat pendedahan apabila mengaku tidak mencuci rambut selama tiga bulan.
Memetik laporan mStar, perkara itu dikongsikan oleh penyanyi berusia 33 tahun itu dalam siaran langsung di akaun Instagram miliknya.
Ketika siaran langsung itu, Cardi B dilihat mengenakan wig cap sambil berjenaka mengenai kulit kepalanya.
“Saya tak cuci rambut dah dekat dua bulan atau mungkin tiga bulan, saya pun tak pasti,” katanya.
Lebih mencuit hati, Cardi turut berseloroh kononnya rambutnya kini penuh telur lipas dan nyamuk.
“Mungkin dah ada segala jenis telur serangga dalam rambut saya,” tambahnya.
Namun, Cardi menjelaskan dia merancang untuk mencuci dan merawat rambutnya tidak lama lagi.
“Kulit kepala saya sudah sangat berminyak. Mungkin esok saya akan mencuci rambut. Lepas itu saya akan luruskan,” ujarnya. – Agensi


