ZAMAN kanak-kanak merupakan masa untuk bermain. Semestinya, setiap kanak-kanak mempunyai impian dan keinginan tersendiri.
Begitu pun, tidak semua mereka dilahirkan dalam keluarga mewah menyebabkan ada yang terpaksa melupakan impian dan hasrat yang ingin dicapai ekoran faktor kewangan.
Kisah sekumpulan kanak-kanak kurang berkemampuan dari Uraso, Sulawesi Selatan, Indonesia baru-baru ini menjadi tular apabila menghasilkan basikal sendiri menggunakan batang buluh.
Faktor kemiskinan menjadikan mereka mengambil pendekatan menghasilkan sendiri basikal untuk bermain.
Ujar salah seorang kanak-kanak tersebut yang enggan dikenali, basikal tersebut digelar ‘pattung’.
Rekaan basikal tersebut ringkas dan dengan satu tempat duduk serta tiada rantai memandangkan tayar diperbuat daripada buluh.
Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati dan pada masa yang sama memuji kreativiti kanak-kanak tersebut. – Agensi
