Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Tak perlu berlebih-lebihan dengan pelakon wanita’

    Pelakon Aeril Zafrel tidak bersetuju dengan tindakan segelintir pihak yang ingin meletakkan artis terpalit kontroversi dalam senarai hitam.

    Aeril atau Suhairil Sunari, 36, berkata, tindakan tersebut sepatutnya dilakukan apabila seseorang artis itu sudah didapati bersalah mengikut undang-undang.

    “Bagi saya, selagi mereka tidak disabitkan dengan sebarang hukuman di mahkamah, kita tiada hak untuk blacklist mereka.

    “Tapi perkara ini terpulang kembali kepada pihak produksi kerana ia keputusan mereka,” katanya kepada mStar.

    Dalam pada itu, Aeril berkata, kontroversi yang sedang hangat diperkatakan juga banyak membuka mata lebih ramai golongan selebriti untuk menjaga nama baik mereka.

    Wawa anggap bermesra untuk cari keserasian di set penggambaran sekadar alasan. – mStar

    Kata Aeril, tidak salah mencari keserasian bersama pelakon wanita namun sesuatu perkara itu perlu ada batasnya.

    “Sebenarnya, perkara seperti ini memberikan pengajaran juga kepada rakan-rakan artis lain untuk tidak buat hal.

    “Nak cari keserasian itu ada ketikanya perlu juga tapi kalau untuk orang yang tahu batas sahaja.

    “Keserasian itu kadang-kadang boleh dibuat melalui komunikasi seperti berbual tapi janganlah sampai berlebihan,” kongsinya.

    Sementara itu, isterinya yang juga aktres dan usahawan Wawa Zainal tanpa berselindung memang meletakkan syarat kepada Aeril jika ingin bergandingan dengan mana-mana pelakon wanita.

    Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin berkata, dia tidak boleh menerima kemesraan berlebihan walaupun di set penggambaran dengan alasan mencari keserasian.

    “Saya sebagai isteri tak pernah meletakkan syarat kalau dia dapat sebarang tawaran berlakon.

    “Malah saya tak kisah dengan siapa dia digandingkan tapi saya beri amaran kepadanya tak perlu berlebih-lebihan dengan pelakon wanita. Bila dengar atau baca kisah artis terjebak dalam isu curang, saya memang pesan dekat suami agar jaga diri dan tidak buat perkara serupa.

    “Tak payahlah alasan nak cari keserasian sampai perlu bermesra berlebih-lebihan. Saya memang tak boleh terima benda begitu,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda