Friday, December 6, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tak perlu overthinking – Syatilla

    Pelakon Malaysia, Syatilla Melvin menjadikan apa yang berlaku dalam rumah tangga rakan-rakan selebriti sebagai pelajaran untuknya mengukuhkan lagi hubungan suami isteri dengan suami, Shaheizy Sam.

    Syatilla, 33, berkata, tidak ada satu pun pasangan suami isteri yang inginkan perceraian dan kita sebagai orang luar tidak berhak untuk menghakimi apa yang berlaku kepada mereka.

    “Bila kita dah nampak contoh-contoh yang berlaku depan mata, apa yang boleh kita lakukan mungkin kita ambil dan aplikasikan di mana-mana bahagian yang ada kelemahan bagi mengukuhkan rumah tangga itu.

    “Jadi, tak ada satu perkahwinan pun yang kita minta berakhir dengan perceraian. Kita sebagai orang luar tak boleh menghakimi kenapa pasangan bercerai sehinggalah kita berada dalam kasut mereka sendiri, sampailah kita berhadapan dengan pasangan yang bermasalah, baru kita tahu apa yang berlaku.

    “Doa saja banyak-banyak minta Allah jaga,” katanya kepada Harian Metro.

    Hubungan Syatilla dan Sam sama seperti apa yang disiarkan di media sosial tanpa berselindung. – Glam.my

    Menurut Syatilla, hubungan suami isteri bersama Sam sama seperti apa yang mereka pertontonkan di media sosial kerana dia bukanlah individu yang pandai berselindung.

    “Saya rasa, pengikut saya tahu saya orang yang bagaimana. Saya memang tak pandai sorok.

    “Kalau wartawan tanya apa pun, saya akan jawab berdasarkan apa yang ada dalam fikiran saya. Saya rasa apa yang saya nak cakap, saya hambur saja.

    “Macam saya dan Sam, apa yang awda nampak di media sosial, itulah kami. Tak ada berselindung atau apa,” katanya.

    Tambah Syatilla lagi, kehidupan setiap manusia berbeza dan tidak ada gunanya untuk dia terlalu banyak berfikir (overthinking). – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda