Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tak perlulah tercabar dengan saya – Elly Mazlein

    Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein menyelar sikap sesetengah pihak yang menganggap dirinya pesaing dalam industri seni.

    Elly, 44, berkata dia dapat merasakan ada pihak berperasaan begitu selepas memenangi trofi Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-35, tahun lalu.

    “Saya perasan dan dapat merasakan kesukarannya selepas menang trofi. Saya lahir dalam industri seni bukan sebagai pencabar.

    “Kita sama-sama cari rezeki, jadi tak perlu nak ‘shaking’ dan jangan nak berilusi seorang diri. Kita ada sesi baca skrip dan di situ, boleh berbincang.

    “Saya akan tarik diri kalau nak gaduh soal rezeki. Saya nak kerja dengan ikhlas.

    Elly lebih selesa bersikap positif dan memilih ketenangan daripada bergaduh soal rezeki. – Kosmo digital

    “Tak kuasa nak gaduh. Malu sesama Islam bergaduh soal rezeki. Nasihat saya, jangan syok sendiri dan tak perlu rasa tercabar. Matlamat saya lebih baik bersatu daripada bercerai,” katanya kepada BH Online.

    Elly atau lebih akrab disapa Kak Lina Pom Pom sebelum ini dilaporkan pernah mendedahkan keputusan mengundurkan diri sebagai pengacara program realiti, All Stars Gegar Vaganza (ASGV) kerana ingin memberi laluan orang lain untuk bekerja dengan lebih selesa.

    Tanpa menyebut secara spesifik mengenai individu dimaksudkan, Elly berkata, keputusan dibuat kerana memilih untuk tenang dan bahagia.

    Ditanya sama ada pernah diboikot gara-gara tindakannya mempertahankan diri, pemilik nama lengkap Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi itu menjelaskan, dia lebih selesa bersikap positif dan memilih ketenangan.

    “Saya jenis siapa nak kawan silakan dan saya akan sentiasa berbuat baik. Jika ada perkara negatif menghampiri, saya akan cepat-cepat sekat.

    “Saya lebih selesa memikirkan soal ketenangan dan positif. Saya tiada masa nak fikir mengenai sampah,” luahnya ditemui pada selepas majlis pelancaran single terbaharu berjudul Sayap, di sebuah hotel, kelmarin. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...