Empat tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Nikita Willy mendedahkan dia tidak pernah kentut di hadapan suaminya iaitu Indra Priawan.
Memetik laporan mStar, cerita Nikita atau Nikita Purnama Willy, 31, dia akan pergi ke bilik air untuk membuang angin kerana tidak mahu suaminya mendengar atau menyedari perbuatannya itu.
“Sehingga kini dia (Indra) tidak pernah mendengar saya kentut. Saya selalu kentut dalam bilik air. Saya tidak pernah kentut. Saya tidak mahu kentut saya terkeluar di hadapan Indra. Kentut saya mahal,” katanya.
Dalam pada itu, peminat bersetuju dengan Nikita di mana kentut di hadapan orang bukanlah sesuatu yang lucu, sebaliknya dianggap sebagai perbuatan biadab.
“Perkara itu juga berlaku kepada saya. Saya tidak boleh kentut di hadapan pasangan sehingga sekarang. Saya malu.
“Memang seharusnya begitu, sangat tidak sopan jika kita kentut di hadapan orang lain. Ia bukan perkara yang lucu,” komen warganet.
Untuk rekod, Nikita dan Indra mendirikan rumah tangga pada 16 Oktober 2020.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Issa Xander Djokosoetono, 3 dan Nael Idrissa Djokosoetono yang kini berusia sebulan. – Agensi