Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Tak popular, dianaktiri syarikat rakaman?

    Melihat rakan seangkatan semakin menempa nama dan popular telah menerbitkan perasaan cemburu dalam hati penyanyi Danial Chuer, 21.

    Hatinya terjentik mengenangkan nasib tidak senaik rakan seangkatan yang ditatang bagai minyak penuh oleh syarikat rakaman dinaungi, sebaliknya, Daniel pula dianaktirikan.

    Pemilik nama lengkap Danial Chuer Hamasiah Samsudin itu nekad menamatkan kontrak dengan label dinaungi, Aries Music lebih awal daripada tarikh sepatutnya.

    Danial berkata, punca utama nak keluar dari Aries Music kerana berasakan kerjaya tiada peningkatan jika terus bernaung di bawah syarikat rakaman itu.

    “Selepas menghasilkan single tahun lalu, syarikat rakaman langsung tidak mempunyai perancangan mengembangkan kerjaya nyanyian saya.

    Hati Daniel Chuer terjentik mengenangkan nasibnya. – Agensi

    “Setiap kali buat ‘live’ dalam media sosial, ramai peminat bertanyakan bila mahu keluar dengan single baharu. Malah, ada juga membandingkan saya dengan peserta program realiti, Big Stage lain yang sudah keluar dengan lagu baharu.

    “Selama ini, orang hanya kenal saya sebagai penyanyi lagu saduran. Saya teringin dikenali dengan single sendiri.

    “Saya sudah memaklumkan perkara itu kepada syarikat rakaman. Cuma, ia belum dibuat secara rasmi. Mereka ada bertanya kenapa saya nak tinggalkan syarikat rakaman.

    “Sejujurnya, saya tidak bertemu dengan wakil syarikat rakaman sudah lebih setahun. Saya berharap pertemuan membuahkan hasil positif,” katanya.

    Namun, penuntut jurusan muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu berkata, ia tidaklah bermaksud buang masa.

    “Dahulu, saya masih muda dan banyak perkara tidak faham ketika menandatangani kontrak, sekarang saya sudah matang,” katanya yang mewarisi bakat bapanya, Chuer Niang yang juga penyanyi kelab dan pemuzik di Tawau. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...