BANGKOK, 22 OKT – Kejatuhan peneman raja Thai berusia 34 tahun – dilucutkan kesemua gelaran diraja dan pangkat tentera oleh satu perintah pada lewat malam – mengejutkan negara hari ini terhadap tindakan terbaharu oleh raja berperlembagaan itu.
Bekas pengawal peribadi diraja dan jururawat tentera Sineenat Wongvajirapakdi dilucutkan daripada pangkat Chao Khun Phra, atau peneman bangsawan, dan dituduh ‘tidak setia kepada raja.’
Keberadaan beliau masih tidak diketahui, tetapi pengumuman tersebut telah mencetuskan spekulasi daripada media sosial yang berminat mengetahui apa yang berlaku di sebalik tembok istana.
Namun ia bukan kali pertama Raja Maha Vajiralongkorn telah menggunakan pengaruhnya sejak menaiki takhta pada 2016.
Istana berkata Sineenat mengingkari raja, telah menimbulkan konflik di istana dengan menggunakan kuasanya dan bertindak ‘menentang pelantikan Permaisuri Suthida demi cita-citanya sendiri.’
Tindakannya juga menjejas raja berperlembagaan, katanya. – AFP
